T411 (bas Rapid KL)

Laluan bas T411 (MRT Taman Connaught–Taman Cheras Awana) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T411 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Taman Connaught di Kuala Lumpur dan menuju ke kawasan petempatan Taman Connaught, Taman Bukit Hijau, Taman Cheras Zen, Taman Masria, Taman Cuepacs, Taman Ferngrove, Taman Segar Perdana, dan Taman Koperasi Cuepacs.[1][2][3]Laluan bas ini berkhidmat di 20 buah hentian bas,[1] dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Julai 2017, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Kajang (PYL) fasa kedua dari stesen MRT Muzium Negara ke stesen MRT Kajang.[4][5] Laluan bas T411 merupakan satu daripada 23 buah laluan bas perantara MRT Laluan Kajang yang diperkenalkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menjelang pembukaan MRT Laluan Kajang fasa kedua.[5][6] Laluan bas T411 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[1]

T411 (bas Rapid KL)

Status Beroperasi
Jenis perkhidmatan Perkhidmatan bas pengangkutan awam
Melalui petempatan
  • Taman Connaught
  • Taman Bukit Hijau
  • Taman Cheras Zen
  • Taman Masria
  • Taman Cuepacs
  • Taman Ferngrove
  • Taman Segar Perdana
  • Taman Koperasi Cuepacs
Hentian/stesen bas 20 hentian
Jadual laluan Jadual T411 (2020)
Melalui
Senarai jalan raya
Lokasi Lembah Klang, Malaysia
Kekerapan 30–60 minit
Titik mula MRT Taman Connaught (Pintu B)
Perkhidmatan bermula 16 Julai 2017; 6 tahun yang lalu (2017-07-16)
Melalui mercu tanda
Jenis laluan Laluan perantara
Waktu malam Ada
Zon Koridor Cheras
Pertukaran ke laluan lain
Depot Depoh Bas Kajang
Titik tamat MRT Taman Connaught (Pintu B)
Hari operasi Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
Kekerapan hari minggu 30–60 minit
Pengendali Rapid KL (Rapid Bus)
Route map
Route map
← T410 Laluan bas di Lembah Klang T412 →

Rujukan

WikiPedia: T411 (bas Rapid KL) https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk?route=76... https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-kl/bus/ https://myrapid.com.my/wp-content/uploads/2020/12/... https://web.archive.org/web/20170723130349/http://... https://web.archive.org/web/20181122125122/https:/... https://web.archive.org/web/20240128093954/https:/... http://www.spad.gov.my/land-public-transport/buses... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07... https://www.facebook.com/171059079574165/posts/ter... https://web.archive.org/web/20170809033654/http://...